Salam
sejehtera untuk pembaca setia semua.
Obesiti
boleh berlaku di semua peringkat umur tidak kira kanak-kanak sehingga ke orang
dewasa. Walaupun obesiti dilihat sebagai berat badan yang berlebihan, namun apa
yang paling membimbangkan adalah kemunculan penyakit-penyakit yang agak
merbahaya.
Di
antara 5 jenis penyakit kronik yang boleh disebabkan oleh obesiti ialah:-
1)
Jantung
Jangan kita sangkakan penyakit jantung ni hanya
boleh dihidapi orang tua sahaja, tetapi ia turut menyerang orang yang muda
belia. Selalu kita mendapat berita kes kematian mengejut kan? Biasanya penyakit
jantung berlaku akibat salur darah yang tersumbat dengan lemak dan kolestrol.
Gejala ini sering berlaku ekoran gaya pemakanan yang
kurang sihat seperti mengambil makanan rapu dan segera dengan banyak dan
berpanjangan.
2)
Sakit Sendi
Sakit sendi yang sering menyerang golongan obesiti
dikenali sebagai osteoarthritis. Biasanya mereka mengalami kesakitan di
bahagian sendi lutut, pinggang dan belakang.
Risiko sakit sendi semakin meningkat apabila
mempunyai berat badan berlebihan. Ini kerana berat melebihi BMI menyebabkan
tisu-tisu pelindung sendi menjadi haus.
3) Kencing Manis
Kencing
manis berlaku akibat kegagalan tubuh menghasilkan insulin yang secukupnya untuk
menukar glukos kepada tenaga. Namun, perkara utama di sebalik kes ini ialah
apabila pengambilan makanan berlemak dan rapu secara berlebihan, maka salur
darah menjadi sempit atau tersumbat.
Apabila salur darah sempit atau tersumbat, insulin
yang dihasilkan akan berkumpul di dalam salur darah. Seterusnya pankreas akan
terima signal yang tubuh sudah tidak perlukan banyak insulin. Jadi, inilah yang
menjadi punca kekurangan insulin tersebut.
4)
Kanser
Berkaitan juga dengan lemak. Kandungan lemak yang
berlebihan akan meningkatkan lagi paras hormon estrogen. Walaupun hormon ini
bagus, namun kandungan hormon estrogen yang berlebihan boleh meningkatkan
risiko kanser seperti kanser usus, payudara dan sebagainya.
5) Pembesaran Jantung
Pembesaran jantung terjadi akibat jantung terpaksa
bekerja lebih keras. Ini secara semulajadi akan berlaku kepada golongan yang
mempunyai berat badan yang belebihan.
Di
antara penyakit-penyakit lain ialah:-
6) Embolisme Pulmonari
7) Polycystic Ovarian Sydrome
8) Refluks Esofagus Gastro
9) Hati Berlemak
10) Hernia
11) Mati Pucuk
12) Inkontinen Urinari
13) Kegagalan Ginjal Kronik
14) Lymph Edema
15) Cellulitis
16) Strok
17) Sindrom Pickwickian
18) Kemurungan
19) Gout
20) Pundi Hempedu
Kebanyakan
penyakit-penyakit akibat obesiti boleh dicegah dengan mengamalkan pemakanan
seimbang dan gaya hidup yang sihat.
Terima
kasih
Info dari : http://www.myliferia.com/20-penyakit-utama-disebabkan-obesiti/
Sila ke The Perfect Way To Get Slim untuk maklumat lanjut mengenai ISAGENIX.
.jpg)
No comments:
Post a Comment