Golongan kanak-kanak untuk tujuan mendapatkan tenaga, pertumbuhann fizikal yang sempurna dan penumbuhan fizikal.
Justeru itu, piramid permakanan menyarankan seorang kanak-kanak berusia antara dua hingga sepuluh tahun perlu menikmati makanan dari lima kumpulan makanan iaitu bijian, buah-buahan, sayur-sayuran, daging dan protin, tenusu dan minyak, gula dan garam dalam kadar tepat, seimbang serta di pelbagaikan.
Bagaimanapun, Perunding Pakar Diet, Indra Balaratnam berkata, trend permakanan semasa kanak-kanak di negara ini menunjukkan masalah kegemukkan atau obesiti dikalangan golongan kecil itu semakin bertambah iaitu dari 5.4% daripada kira-kira 21,249 orang kanak-kanak direkodkan.
Masalah itu katanya berpunca dari amalan permakanan kanak-kanak yang lebih gemar sajian mengandungi kadar gula dan lemak tinggi seperti aiskrim, donut manis, agar-agar, muffins, burger, coklat, roti krim, gula-gula, bijian sarapan, biskut serta minuman berkarbonat.
Jelasnya seorang kanak-kanak sepatutnya diberi LEBIH BANYAK HIDANGAN mengandungi gula semulajadi atau dikenali GLUKOSA ,FRUKTOSA dan LAKTOSA seperti susu segar, buah-buahan dan sayur sayuran.
"Namun kebanyakkan ibu dan bapa di negara ini dilihat membiarkan anak-anak mereka menikmati hidangan mengandungi gulan tambahan yang tinggi atau dikenali SIRAP JAGUNG SOLID, SUKROSA dan SIRAP GLUKOSA SOLID."
"Keadaan negatif ini bukan sahaja anak-anak mengalami OBESITI tetapi juga gigi rosak, kekurangan nutrien dan lebih teruk lagi penyakit kencing manis !"



No comments:
Post a Comment